Sembilan. Sepuluh. Satu Empat.
Thursday, October 9, 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillah.




Assalamualaikum, rasa macam tak lepas kentut pulak kalau tak update. Ye aku tahu bulan lps aku tak update. Maaf. Nanti aku bagi flying kick. Eh salah. Flying kiss maksud aku. Harap kau tak simpan dendam buat aku. Aku harap kau tak plan agenda untuk kentutkan aku dalam diam. Ok. Dah berhenti gelak. Aku tahu aku kelaka. Aku tengok dulu, ramai kawan aku yang terhenti tengah jalan. Tak tahu yang kalau jalan depan sikit ada indah yang akan tiba. Payah katanya. Susah katanya.

Kalau senang bukan ujian namanya. Kau nak tido pon nak selesa-2. Kalau salah tido terkehel leher bukan? Ambil masa. Satu yang aku belajar dalam indah pinjaman Tuhan ni, kau mesti, harus, kena dan wajibulghunna. Maksud aku wajib sabar. Bukan setakat nak komitmen. Sabar tu penting. Ketepikan semua tanggungjawab, ikhlas, sayang kau dulu. Kalau kau tak sabar, mana datangnya kau nak bertanggungjawab? mana datangnya keikhlasan kau. Dan lagi parah, mana datangnya sayang kau?

Bila ada sabar, baru datang jujur. Baru datang percaya. Aku tak sehebat mana nak suruh kau carik sabar. Aku pun kadang-2 terkehel buku lali nak cari sabar. Tapi yang penting kau fikir dulu. Semua benda yang kau buat kena fikir bukan? Kecuali kau mati akal. Bila kau nak naik minyak, fikir dulu, minyak sekarang dah mahal. Buat-2 bersabar. Bukankah sabar itu indah? Aku harap kau selalu begitu. Kau yang istimewa, terima kasih kerana sentiasa sabar walaupun aku berperangai beruk tahap infinity. Terima kasih sentiasa memafkan aku bila khilaf dan alpa menjelma. 

Mohon agar kita sentiasa sabar. Selamat sembilan bulan. Atau lebih difahami dengan Happy 9th Monthsary. Moga sayang kau tak berubah. Moga sabar dan setia yang bertambah. Moga bila aku pandang kedepan kau sentiasa menunggu. Moga bila aku toleh kebelakang kau tetap setia menanti dengan hidung yang dinaikan dengan mata juling. Moga aku terus-terusan dengan perangai aku. Dan engkau tetap menjadi engkau. Maaf cakap. Aku sayang kau.

Salam kokot dari aku.





Much Love, Aini Afiqah


new past


Credit

Skin Made By : HafizZulkafly . Edit By Aini Afiqah . Others Help :

online