Lima tujuh lima hari 💕
Sunday, August 9, 2015, ÏŸ 0 shout(s)

Bismillah.


Assalamualaikum. Genap lima ratus tujuh puluh lima hari. Termasuk cuti umum dan hujung minggu. Tahniah masih utuh. Walau kadang angin sepoi2 bahasa. Dan kadang angin ribut yang melanda. Kau masih utuh berdiri di situ. Di sisi aku. Kau masih kau yang sama. Dan aku masih aku yang sama. Yang masih suka, sayang, marah, geram, gila dan mungkin sedikit emosi yang tidak menentu. Hmmm banyak maksud aku.

Terima kasih untuk sayang ini. Untuk sabar yang semakin menggunung aku harus berikan award untuk kau. Sabar dikala aku yang salah. Maaf dihulur walaupun bukan salah di bahu kau. Untuk itu aku ucapkan terima kasih. Moga kau punya perasaan yang sama lima puluh juta tahun akan datang terhadap aku. Moga rasa itu masih sama dan tetap sama. Mungkin bertambah?

Selamat pagi. Salam kasih sayang dari aku yang jauh di mata dekat di hati. Salam sayang 2 bulan tidak bertentang mata. Moga kau mimpi buruk kerna tidur dahulu tanpa temani aku. Hahaha. Moga kau tidak jemu dengan yang satu iaitu aku.

Banyak sayang,
Aini Afiqah 😚



Much Love, Aini Afiqah


new past


Credit

Skin Made By : HafizZulkafly . Edit By Aini Afiqah . Others Help : ♚ ♚ ♚ ♚

online