Sanah Helwa Ya Rasulullah.
Friday, January 25, 2013, ϟ 2 shout(s)

Bismillah.




Allahumma Shalli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Assalamualaikum. Salam maulidur rasul. Sanah Helwa ya Rasulullah. still remember the first time i came to Masjid Nabawi to visit our prophet, Muhammad di Raudah. the feeling is sooooo good. sangat indah and maybe the best feeling ever. InsyaAllah kalau ada rezeki kita bertemu lagi ya Rasulullah. Amin. So we as muslims mesti laa selawat ke atas baginda. InsaAllah kita juga akan mendapat syafaat baginda. This maybe can helped you all. when to selawat :). hanya sekadar berkongsi. maaf jikalau ada yang tersilap.
  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
Berselawatlah walaupun sekali dalam sehari. sebelum nabi Muhammad meninggal dunia baginda masih menyebut 'ummati' 'ummati' yang bermaksud 'umatku' 'umatku'. cuba bayangkan betapa kasihnya baginda terhadap kita? mudaha-mudahan mampu menjadi pedoman dan menambah pengetahuan :D. InsyaAllah.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”

Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.” 

 
Wallahu A’alam Bissowab.

Assalamualaikum. 


Much Love, Aini Afiqah


new past


Credit

Skin Made By : HafizZulkafly . Edit By Aini Afiqah . Others Help :

online