Masha'Allah 'Cinta Agung'
Wednesday, June 27, 2012,  ϟ  
0 shout(s) 
 
Dipendamkan
 di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang 
perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi 
tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, 
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. 
Dia
 sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. 
Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah 
Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar 
perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar 
Fatimah.
”Allah
 mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa 
apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih 
utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan
 dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah 
bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara
 ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di 
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa 
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena 
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, 
Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan 
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak 
muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, 
Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang 
dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah 
lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga 
miskin.
”Inilah
 persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas 
diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar 
masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar 
ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha 
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini 
perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah
 perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. 
Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang 
nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan
 oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki
 yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya,
 Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar
 Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku 
datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan 
’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi 
kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia 
tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, 
tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. 
Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat 
baginda turut ditolak peminangannya?
Pada
 suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad 
bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada 
kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah 
s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah
 engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi 
Thalib?”
Abu
 Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi 
Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. 
dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: 
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai
 Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya 
serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat
 utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah 
s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran 
kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah 
beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya 
diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga 
sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan 
mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah 
dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai
 Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya 
tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah
 aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang 
satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai
 Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya 
dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah
 berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong 
keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa
 waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg 
ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu
 diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
 “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah 
dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya 
dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum
 dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan 
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi 
Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai 
kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang 
itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia 
masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia 
dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan 
kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul
 Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu 
keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
 perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah 
s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk 
berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah 
mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad 
di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya
 Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya 
Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi 
wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan 
sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang 
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.
 Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku 
dengan Fatimah?”
Ummu
 Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak
 berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi 
Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi
 Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri 
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak 
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi 
sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul 
Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap 
memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau 
juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau 
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak 
menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. 
Aku
 puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira
 sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan 
engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian 
riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap 
dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat 
Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan 
puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan 
engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau 
dapat menerima hal itu.”
“Ya
 Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam
 pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang 
mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak 
pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
new past



